Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu. Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad". Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu) Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut : - 2 Rakaat sebelum Solat Zohor�
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI. Sabda Rasulullah s.a.w :
عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة (متفق عليه) Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh." (Muttafaq �alaih) NIAT SOLAT RAWATIB- Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
- Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut : أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.
|
haha.. ku pun pkir macam ya jwk lok sa.. tapi knk dah tauk nak..hihi.. u're da most welkem my dear.. hihi.. information untuk kebaikan bersama..hihi
ReplyDelete