Saturday, 24 December 2011

KASIH YANG TIADA PENGHUJUNG.

Aku cuma ada seorang adik, usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.  Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua.  Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.  Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa yang ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang  renungan tajam mata ayah.  Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.


"Baik, kalau tak mengaku, kedua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba adik mendakap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
 "saya yang ambil".


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hanyunan dan balunan dilih berganti menghentam tubuh adik.  Aku tergamam, lidah kelu untuk bersuara.  Walau perit menahan sakit, setitis air mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:


"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.  Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.  Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.  Namun adik cukup tabah.  Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk di tubuhnya itu.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.


Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, " Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"


Aku mengutuk diri sendiri kerana tak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.  Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-univrersiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.  


Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.  Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit menbiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya.  Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Pangggg... sebuah penampar singgah di pipi adik.  Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.


"Kenapa kamu ni? Tahu tak ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tidak, dia tak akan dapat membawa keluarganya keluar dari kemiskinan", aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan.. biar kakak yang berhenti."



Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada biliknya.  Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.  Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat...


"Kak untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung.  Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.  Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.



Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku.  "Siapa?"



Tergesa-gesa aku keluar bilik.  Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.  "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.  Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"



Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.  Aku cukup tersentuh.  Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.  Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tidak peduli apa orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.  Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.  Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.



Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.  Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya.  Cantik senyuman adik. Kami berdakapan.



"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


"Tak... kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.  Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."


Apalagi.. aku menangis seperti lalu.  


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.  Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.


"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.


" Adik takde pelajaran.  Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak," kata ku memujuk.

" Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.  Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis kampung, juruacara majlis bertanya, "Siapa orang yang anda paling sayang?"

Spontan adik menjawab, "Selain mak, kakak saya..." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama ke seklah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.  Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.  Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.  Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak hari saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.





please klik..klik..

Ever wanted to be on Music Video? #NowYouCan - Be part of Yuna’s MV for her new single by submitting ur vid

kek kawen


BAHAN:
1 LELAKI SIHAT
1 WANITA SIHAT
100% KOMITMEN
2 PASANG RESTU ORANG TUA
1 BOTOL KASIH SAYANG MURNI
PERISA:

1 BUKU BESAR HUMOR
25 GRAM REKREASI
1 BUNGKUS DOA
5 KALI IBADAH/HARISEMUANYE DIADUN HIMGGA RATA DAN MENGEMBANG
TIP:
PILIHLAH ELLEKI DAN WANITA YG BENAR2 MATANG DAN SEIMBANG
JANGAN YG SATU TERLALU TUA DAN YANG LAINNYA TERLALU MUDA KERANA DAPAT MEMPENGARUHI KELAZATANNYA (sebaiknya dibeli di pusat mmbeli belah yg bernama “TEMPAT IBADAH”.walaupun agak jual mahal tetapi mutunya terjamin)
JANGAN BELI DIPASAR YANG BERNAMA “DISKO” @”PARTI” KERANA WALAUPUN MODELNYA BAGUS DAN HARUM BAUNYA TAPI KADANGKALA MENIPU PELANGGAN @ KADANGKALA MENGGUNAKAN ZAT PERWARNA YANG DAPAT MEROSAKAN KESIHATAN.
GUNAKAN KASIH SAYANG CAP ” DAKWAH ” YANG TELAH M’DAPATKAN PENGHARGAAN
ISODARI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEROHANIAN.
CARA MEMASAK:
LELAKI DAN PEREMPUAN DICUCI BERSIH,BUANG SEMUA MASA LALUNYA SEHINGGA TERSISA NIAT YANG MURNI.
SIAPKAN LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN KOMITMEN DAN RESTU ORANG TUA DENGAN RATA.
MASUKKAN NIA YANG MURNI KEDALAM LOYANG DAN PANGGANG DENGAN API YG SEDERHANA SEKITAR 30 MIN DI DEPAN PENGHULU.
BIARKAN DI DALAM LOYANG TADI DAN DISIRAMI DENGAN PERISANYA.
KEK PERKAHWINAN SEDIA UTK DI NIKMATI
CATATAN:
KEK INI DAPAT DINIKMATI OLEH PEMBUATNYA SEUMUR HIDUP DAN PALING ENAK DINIKMATI DALAM KEADAAN HANGAT.TAPI KALAU SUDAH AGAK DINGIN,TAMBAHKAN LAGI HUMOR SEGAR SECUKUP RASA,REAKSINYA SESUAI SELERA,SERTA BEBERAPA POTONG DOA KEMUDIAN DIHANGATKAN LAGI DI KETUHAR YANG BERJENAMA “TEMPAT IBADAH”
SETELAH MULAI HANGAT,JANGAN LUPA BERTELEFON BILA BERJAUHAN…..
“SELAMAT MENCUBA,DIJAMIN SEMUANYA HALAL"
p/s: copy n paste.. sharing is caring.

Friday, 23 December 2011

stress.. depress.. uestress.. n rest2.. haha

Assalamualaikum..

Mesti korang rasa pelik tergolek-golek... xla sampai tergolek.. hihi
kenapa aku tulis title macam tu..  ka..kan..kan..
adeh.. bukan pe.. semua benda tue akan keluar final nanti..
belajar psikologi kan.. so semua benda yang stress mentress tu la
aku kena belajar.. aku pulak yang rasa stress.. haha..
Kawan2.. doa2kan lah aku dapat keputusan yang bagus nanti..
takut dah rase ney.. hihi.. aku pun dah habiz post semua yang nak aku sharingkan..
al-maklum.. sharing is caring.. ok.. aku nak cabut lari ni.. nak belajar pulak..
klu de mase.. ade la ku update blog ni.. bukan pe.. nak fokus belajar..
kunun2nya..hihi..
bye2.. ^_^

Doa Selepas Sembahyang






MAKSUD
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.(sumber:doa harian)

p/s: maaf ye.. doa tu tak berapa jelas.. harap anda semua dapat membacanya. tq. ^_^

Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhu


8



Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Hikmah Wudhu
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali.Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”
(Muslim )
Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam….
 p/s: saya copy n paste untuk di sharekan kepada anda semua.. sharing is caring.. ^_^

Wednesday, 21 December 2011

Abang Tidak Pernah Berikan Cinta Yang Saya Inginkan….



Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:
.
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
.
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
.
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
.
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
.
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..

p/s: saya copy n paste dari sini ---->>http://akuislam.com/blog/renungan/berikan-cinta-yang-diinginkan.. tq! ^_^