Thursday 22 March 2012

Hadapi dengan SENYUMAN.

Assalamualaikum..

Halu.. lama x update ni.. aduyai.. hihi.. Assignment untuk sem ni mcm Gunung Kinabalu jak.. Haha..
mentang-mentang dekat dengan Gunung Kinabalu.. nak jugak samakan banyak assignment yang ada sekarang ni.. by da way.. bulan ni jak.. mcm2 berlaku.. ada yang mengembirakan dan yang so sad.. biasala tu kan.. rempah ratus dalam kehidupan.. hihi. Ada banyak benda mau di sharingkan.. tapi tunggu jak k. masa tk cukup ni saja jak bha... ni ada satu pict untuk satapan di pagi ini..

Taadaaaa! =P













Thursday 5 January 2012

Penangan Exam "PENGENALAN KEPADA KESIHATAN MENTAL"

Assalamualaikum..

Jawab salam tu.. sapa tak jawab bedose.. hehehe.. Mesti korang tetanye2 kan.. pa bende la Pengenalan Kepada Kesihatan Mental ni.. ni la course aku. hahaha.. Psikologi Belia punye subjek.. dalam banyak2 bab tu kan.. kalau korang belajar ni pun korang pasti syok kat satu bab tu.. hahaha. nak tau ka?????
hahaha.. xnak g tau la.. >> ngade2 pulak minah ney!.. >_<.. HAHAHHA..
Bab cintan cintun la..  Adeh.. rupe2 nye bab jgak jenis cinte ni aa.. ney dia. aku nak kongsi kat korang. lepas korang tau.. pandai2 la korang nak pilih mana satu korang punya jenis cintan.. hahaha

Ni dinamakan psikologi Cinta..
Tiga teori cinta yang popular tau.. nak tau?? jum kita jelajah..hahaha

1. Two-factor Theory of Love (Hatfield, 1988)

  • Passionate love - perasaan kerinduan mendalam terhadap insan yang dicintai yang mengandungi unsu-unsur kekecewaan yang teruk jika cinta ditolak, keseronokan daripada penyatuan jiwa, dan kepuasan seksual.
  • Companiate love - cinta yang dikaitkan dengan kasih sayang, teman, sahabat, komitmen jangka panjang dalam sesebuah persahabatan.

2. Multifactor Theories of Love - Teori Stail/Gaya Cinta ( Hendrick & Hendrick, 1992 ) 
  • Mania - sama seperti eros dari segi emosi dan obsesif terhadap pasangan. Bagaimanapun cinta mania selalu mengaitkan dengan unsur-unsur pengalaman cinta yang menyakitkan.
  • Agape - "selfless love". Stail cinta yang tidak meminta balasan daripada kekasih dan berorientasikan terhadap memberi bukan menerima.
  • Pragma - Cinta dilihat dengan pendekatan yang praktikal / pragmatik.  Seseorang individu yang menyukai stail cinta ini mencari individu yang dapat memenuhi syarat-syarat tertentu atau mempunyai rasional dan ciri-ciri objektif yang perlu untuk memilih pasangan yang sesuai.
  • Ludus - "Game playing love".  Hubungan dilihat sebagai satu cara untuk bermain-main dengan perasaan   kasih sayang dan tarikan.  Individu yang suka berfoya-foya memiliki cinta ludus, suka membuat pasangan teruja dengan mereka, "suka jual mahal", "bermulut manis".
  • Eros - Cinta berahi, mempunyai tarikan yang kuat terhadap individu yang dicintai dan keinginan untuk menjadi fokus eksklusif individu tersebut sahaja.  Individu akan menjadi obses terhadap insan yang dicintainya.  Cinta eros banyak diungkapkan dalam novel-novel cinta, puisi, lagu dsbnya.
  • Storge - Jenis cinta yang membosankan, tertutup walaupun ada kasih sayang.  Cinta jenis ini hadir dalam komitmen jangka panjang.

Mesti korang tertanye2.. 6 jenis cinte ni kalau disingkatkan jadi MAPLES.  hAik! tu jenama pakaian dalaman la.. hahaha.. Bukan apa.. kalau wat mcm ni senang nak ingat..hihi


3. Segi Tiga Cinta Sternberg.
    Dalam cinta ni pulak di bahagi kepada 3 lagi tau.. iaitu 3 komponen emosi.. nak tau.. jum terjah!
    > passion = tingkah laku emosi yang mendalam terhadap individu yang dicintai, eros style of love.
    > intimasi = kemesraan, keeratan dan perkongsian.
    > komitmen = keputusan untuk mengekalkan hubungan.

Ini pula adalah 3 jenis cinta dia tau..

  • Compianate love (intimasi + komitmen )
  • Fatuous love ( passion + komitmen )
  • Consumate love ( passion + komitmen + intimasi )

Na. dah tau kan sal cinta ney... tapi ni je dapat aku sharekan.. hihi.. takut sampai besok tak biz2 aku tulis.. haha.. korang tengokla mana satu cinta korang k!..hahaha


Wednesday 4 January 2012

sedih!!!

Assalamualaikum..

Hari yang sedih untuk diriku! Exam aku hancus! xsangka soalan nya ada strruktur ingatkan esei je..
Pening dah kepala aku di buatnya.. Ya Allah.. dasyat jugak penangan final exam ney!!
T-T.. knpa begini.. haik..haik..haik.. nak nanges xde guna la pulak.. pengajaran.. banyak tol dugaan aku tyme final ni.. semalam amek duit kat bank mcm2 pulak hal nya.. dah g CIMB. ney aku bedialog dgn owg jaga kaunter no tu:
aku n geng : pak cik sy nak kluarkan duet dr asb..
orang tua kaunter :  maaf dek, kaunter untuk asb dah ditutup .. dalam kol 2 baru bukak balik ye.
aku n geng : ok pak cik. tq.

aku n kwan2 lain g la makan sementara menunggu kol 2 kan.
lps g makan dok rehat jap.. dah kol 1.50, aku n geng g la kat cimb balik. nak tau pa dia cakap?

orang tua : pa bole saya bantu?
aku : saya nak kuar kan duet dr asb.
orang tua : kaunter dh tutup dek. pkol 1 kite org bukak kaunter..
aku aa tak puas hati ney..
aku: tadi cakap bukak kol 2. knp plak dh tutup kaunter?
orang tua : siapa suruh datang kol 2.
aish.. panas btol jiwa aku tyme tu... geng aku pulak yg jawab
geng : tadi suruh g kol 2 knp plak jd gney! pelek..
orang tua : maaf dah tak bole.. lain kali je k..

aku n geng saba jer an pak cik tuk.. xpe2.. g bank lain pulak..
aku n geng lain jalan kaki g MAYBANK..
tgh beleter2 jalan2 g ke MAYBANK..
sampai Maybank mcm da pengharapan pulak... dari kol 2.30 tunggu punya tunggu sampai kol 4.. dah syok aku tunggu nak kuarkan duet.. pa mereka cakap.. dah tutup kaunter. BODOH punye org. semua owg tunggu dan d beri penharapan. semua yang tunggu marah la. xcakap awal2.. xla owg menunggu.. knp la bodo sgt mereka tu!!..
mcm2 dugaan aku n geng. benggong punya owg la mereka!!!




Saturday 24 December 2011

KASIH YANG TIADA PENGHUJUNG.

Aku cuma ada seorang adik, usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.  Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua.  Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.  Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.


"Siapa yang ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang  renungan tajam mata ayah.  Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.


"Baik, kalau tak mengaku, kedua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.


Tiba-tiba adik mendakap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
 "saya yang ambil".


Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hanyunan dan balunan dilih berganti menghentam tubuh adik.  Aku tergamam, lidah kelu untuk bersuara.  Walau perit menahan sakit, setitis air mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:


"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.  Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.  Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.  Namun adik cukup tabah.  Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk di tubuhnya itu.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.


Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, " Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"


Aku mengutuk diri sendiri kerana tak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.  Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-univrersiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu.  


Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran.  Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit menbiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya.  Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Pangggg... sebuah penampar singgah di pipi adik.  Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.


"Kenapa kamu ni? Tahu tak ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"


"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tidak, dia tak akan dapat membawa keluarganya keluar dari kemiskinan", aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan.. biar kakak yang berhenti."



Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada biliknya.  Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.  Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat...


"Kak untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung.  Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.  Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.



Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku.  "Siapa?"



Tergesa-gesa aku keluar bilik.  Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.  "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.  Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"



Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.  Aku cukup tersentuh.  Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.  Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tidak peduli apa orang lain kata."


Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.  Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.  Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.



Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.  Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.


"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya.  Cantik senyuman adik. Kami berdakapan.



"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.


"Tak... kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.  Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."


Apalagi.. aku menangis seperti lalu.  


Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.  Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.


"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.


" Adik takde pelajaran.  Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak," kata ku memujuk.

" Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.  Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis kampung, juruacara majlis bertanya, "Siapa orang yang anda paling sayang?"

Spontan adik menjawab, "Selain mak, kakak saya..." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama ke seklah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.  Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.  Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut.  Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak hari saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.





please klik..klik..

Ever wanted to be on Music Video? #NowYouCan - Be part of Yuna’s MV for her new single by submitting ur vid

kek kawen


BAHAN:
1 LELAKI SIHAT
1 WANITA SIHAT
100% KOMITMEN
2 PASANG RESTU ORANG TUA
1 BOTOL KASIH SAYANG MURNI
PERISA:

1 BUKU BESAR HUMOR
25 GRAM REKREASI
1 BUNGKUS DOA
5 KALI IBADAH/HARISEMUANYE DIADUN HIMGGA RATA DAN MENGEMBANG
TIP:
PILIHLAH ELLEKI DAN WANITA YG BENAR2 MATANG DAN SEIMBANG
JANGAN YG SATU TERLALU TUA DAN YANG LAINNYA TERLALU MUDA KERANA DAPAT MEMPENGARUHI KELAZATANNYA (sebaiknya dibeli di pusat mmbeli belah yg bernama “TEMPAT IBADAH”.walaupun agak jual mahal tetapi mutunya terjamin)
JANGAN BELI DIPASAR YANG BERNAMA “DISKO” @”PARTI” KERANA WALAUPUN MODELNYA BAGUS DAN HARUM BAUNYA TAPI KADANGKALA MENIPU PELANGGAN @ KADANGKALA MENGGUNAKAN ZAT PERWARNA YANG DAPAT MEROSAKAN KESIHATAN.
GUNAKAN KASIH SAYANG CAP ” DAKWAH ” YANG TELAH M’DAPATKAN PENGHARGAAN
ISODARI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEROHANIAN.
CARA MEMASAK:
LELAKI DAN PEREMPUAN DICUCI BERSIH,BUANG SEMUA MASA LALUNYA SEHINGGA TERSISA NIAT YANG MURNI.
SIAPKAN LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN KOMITMEN DAN RESTU ORANG TUA DENGAN RATA.
MASUKKAN NIA YANG MURNI KEDALAM LOYANG DAN PANGGANG DENGAN API YG SEDERHANA SEKITAR 30 MIN DI DEPAN PENGHULU.
BIARKAN DI DALAM LOYANG TADI DAN DISIRAMI DENGAN PERISANYA.
KEK PERKAHWINAN SEDIA UTK DI NIKMATI
CATATAN:
KEK INI DAPAT DINIKMATI OLEH PEMBUATNYA SEUMUR HIDUP DAN PALING ENAK DINIKMATI DALAM KEADAAN HANGAT.TAPI KALAU SUDAH AGAK DINGIN,TAMBAHKAN LAGI HUMOR SEGAR SECUKUP RASA,REAKSINYA SESUAI SELERA,SERTA BEBERAPA POTONG DOA KEMUDIAN DIHANGATKAN LAGI DI KETUHAR YANG BERJENAMA “TEMPAT IBADAH”
SETELAH MULAI HANGAT,JANGAN LUPA BERTELEFON BILA BERJAUHAN…..
“SELAMAT MENCUBA,DIJAMIN SEMUANYA HALAL"
p/s: copy n paste.. sharing is caring.

Friday 23 December 2011

stress.. depress.. uestress.. n rest2.. haha

Assalamualaikum..

Mesti korang rasa pelik tergolek-golek... xla sampai tergolek.. hihi
kenapa aku tulis title macam tu..  ka..kan..kan..
adeh.. bukan pe.. semua benda tue akan keluar final nanti..
belajar psikologi kan.. so semua benda yang stress mentress tu la
aku kena belajar.. aku pulak yang rasa stress.. haha..
Kawan2.. doa2kan lah aku dapat keputusan yang bagus nanti..
takut dah rase ney.. hihi.. aku pun dah habiz post semua yang nak aku sharingkan..
al-maklum.. sharing is caring.. ok.. aku nak cabut lari ni.. nak belajar pulak..
klu de mase.. ade la ku update blog ni.. bukan pe.. nak fokus belajar..
kunun2nya..hihi..
bye2.. ^_^